Thursday, December 3, 2009

HERO FIKSYENKU


Antara ultraman masa kini dan lama.....

Sunday, November 8, 2009

PENGLIBATAN SAYA DALAM KOKURIKULUM







Saya sebagai ahli pengakap SK Seri Mawar telah menyertai Perkhemahan Kempori Pengakap 2009 yang diadakan di SBPI Sabak Bernam.Kami berada di sana selama tiga hari dua malam iaitu Jumaat hingga Ahad.Saya dan rakan-rakan terpilih iaitu Muhammad Soleh bin Sulong Anuar,Kamarul Syakir bin Kamaruddin,Mohd Zikri Afifi bin Mohd Azlan(tahun 6 dan juga rakan sekelas),Alif Aiman bin Mujab dan Abdul Razak bin Sulong Anuar.Kami di sana bersama tiga guru pengiring yang handsome,integriti dan berkarisma.Mereka adalah Cikgu Azmon bin Amat Kamari,Ustaz Raja Zainal dan Cikgu Hamidi bin Mohd Nasir.Di sana,saya dan rakan-rakan melakukan pelbagai aktiviti.Contohnya seperti menyimpul tali,memasak telur menggunakan tanah dan kawad kaki.Pengalaman saya paling manis semasa perkhemahan adalah membuat persembahan lakonan bersama rakan-rakan yang bertajuk "JAUHI AH LONG".Kami membuat lawak dan aksi bagi menarik perhatian guru-guru serta rakan-rakan lain dari sekolah lain didalam daerah Sabak Bernam.Ada tembak-menembaklah,tarik-menariklah dan bermacam lagi.Saya dan rakan-rakan berpuas hati dengan persembahan kami pada malam pertama perkhemahan.Saya mendapat pengalaman lagi di sana iaitu menggunakan radio amatur.Radio amatur dapat menghubungkan rakan-rakan yang berada tempat yang jauh.Ia hampir sama dengan "walkie-talkie" cuma lagi best bagi saya.Seperti manusia lain,kalau ada pengalaman manis pasti ada pengalaman yang tidak manis.Pada malam kedua perkhemahan,telah berlaku RIBUT semasa kami nyenyak tidur didalam khemah.Nasib baik ada seorang cikgu lelaki cepat-cepat kejutkan kami.Selepas itu,kami serta murid-murid lain berkumpul ditempat yang lebih selamat.Kami diminta tidur dikelas-kelas di SBPI Sabak Bernam.Keesokan harinya,kami pergi ke tempat perkhemahan.Banyak khemah runtuh akibat dipukul ribut.Kami mengemas khemah,menunaikan solat dan makan makanan sedap.Selepas itu,kami mengemaskan barang-barang untuk pulang.Banyak pengalaman yang dapati di sana.Saya berasa gembira dapat berdikari bersama rakan-rakan disana.Sekian terima kasih........

PENGENALAN DIRI DAN IBU BAPA TERSAYANG




Nama saya Muhammad Nukman bin Kamarol Zaki.Umur dapat blog adalah 12 tahun.Cita-cita saya hendak menjadi doktor.Saya tidak kisah menjadi doktor kerajaan atau swasta.Mak saya menyokong cita-cita saya.Mungkin semua ahli keluarga saya juga menyokong.Ini kerana dalam keluarga saya,hanya saya seorang saja mempunyai cita-cita tersebut.Bolehlah berbakti kepada my parents,friends,bangsa dan negara.I am 1 Malaysia. Nama ibu saya Rossimah binti Abbas.Mak saya melahirkan saya di Hospital Tunku Ampuan Jemaah,Sabak Bernam,Selangor.Mak saya bekerja sebagai guru di SK Seri Mawar.Untuk pengetahuan anda,saya dan adik-beradik juga belajar di situ.Mak saya mengajar di tahun 1.Selain itu,mak saya juga menjadi guru kelas di kelas 1 Jaya.Semasa saya belajar disitu berumur 7 tahun,hampir selalu beliau memanjakan saya.Tambahan pula,kadangkala beliau memarahi saya jika membuat salah.Suami beliau atau saya memanggilnya abah adalah Kamarol Zaki bin Haji Abdul Malik.Beliau juga seorang guru but special sikit.Beliau seorang Guru Penolong Kanan Kurikulum di SK Doktor Abdul Latif,Sabak Bernam,Selangor.For me,abah seorang yang busy but berani dan tabah melakukan apa sahaja yang saya fikir impossible.Dulu,abah seorang pemain bola sepak yang menjadi my idola dan pernah menghadiri dalam ujibakat jurulatih untuk pasukan Malaysia.I think abah berbakat dalam bidang bola sepak.Kami tinggal di rumah di No 7A,Jalan Besar,45100 Sungai Air Tawar,Selangor,Malaysia.Ini sedikit sebanyak tentang saya dan ibubapa saya.Semoga anda menyukai.........Assamulaikum dan bye.